Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan Wifi internet untuk umum di Kampung Bangingod, hadiahkan tab dan basikal untuk 10 pelajar terpilih yang benar-benar susah.
Ketika ini Ustaz Ebit Lew sedang sibuk menguruskan bantuan di Sabah. Semalam, beliau sempat menziarahi anak-anak istimewa di Lahad Datu.
D
alam masa sama , turut sempat turun padang menyantuni seorang warga emas yang terbaring uzur di sebuah rumah usang.
Masih dalam fasa misi bantuan, hari ini Ustaz Ebit berkongsi ziarahnya ke sebuah perkampungan yang dipercayai agak jauh daripada kemudahan rangkaian telekomunikasi.
Masih dalam fasa misi bantuan, hari ini Ustaz Ebit berkongsi ziarahnya ke sebuah perkampungan yang dipercayai agak jauh daripada kemudahan rangkaian telekomunikasi.
“Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan Wifi internet untuk umum di Kampung Bangingod, hadiahkan tab dan basikal untuk 10 pelajar terpilih yang benar-benar susah.
“Pagi tadi ke Kampung Bangingod, Felda Sahabat Lahad Datu. Tak sangka dapat lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet kena pergi tepi pantai dan atas titi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Jelasnya, rata-rata penduduk di kampung tersebut kebanyakannya orang susah. Namun atas kerjasama bersama bersama guru sekolah, Cikgu Yandy dan guru besar Sekolah Kebangsaan Bangingod, senarai nama pelajar memerlukan yang terpilih berjaya didapati.
“Cikgu kata cikgu siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar. Nak pastikan semua belajar,” katanya yang juga turut menyumbang sumber rangkaian internet.
“Saya dapatkan internet dengan pasang di sebuah kedai. Kami akan bayar bulan-bulan untuk kegunaan anak di sini dan yang memerlukan. Di sebelah kedai sebelum jambatan.
“Tengok muka anak ini gembira, saya lagi rasa gembira sangat. Belajar rajin-rajin ye adik semua. Terima kasih cikgu dan semua,” tambahnya lagi. – SiakapKeli
Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan wifi internet untuk umum di Kg Bangingod, hadiahkan Tab dan basikal untuk 10...
Posted by Ebit Lew on Friday, January 29, 2021
إرسال تعليق