Mangsa banjir Sarina Mastur bersama anaknya dari Kampung Kasigui Penampang turut dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang, Kota Kinabalu. - Foto BERNAMA.
PENAMPANG: Seorang wanita yang masih dalam pantang dan bayinya berusia tiga minggu antara mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
J
udy Shadee, 29, dari Kampung Penampang Proper dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan tanpa henti sejak petang kelmarin.
Dia bersama suami dan lima anak dipindahkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah malam tadi.
"Rumah kami ada 11 anak tangga dan hanya tinggal satu anak tangga sahaja lagi sebelum air memasuki ke dalam rumah. Disyorkan Untuk Anda
"Lima anak berada di rumah, manakala anak sulung serta anak keenam berada di rumah ibu yang terletak di kampung berhampiran.
"Mengambil kira keselamatan anak-anak dan kesihatan diri, kami mengambil keputusan berpindah ke PPS," katanya yang memiliki tujuh anak berumur antara tiga minggu dan 12 tahun.
Sementara itu, penduduk Kampung Hungab, Vicky Matanjang, 48, berkata banjir mula memasuki rumahnya sekitar jam empat pagi dan dia sudah memindahkan kereta serta motosikal ke kawasan lebih tinggi.
Vicky berkata awalnya dia ada memantau persekitaran rumah sekitar jam 12 tengah malam tetapi banjir belum memasuki kawasan kediaman.
"Beberapa jam kemudian jiran memaklumkan air sudah semakin naik dan saya terus memindahkan kenderaan supaya tidak ditenggelami banjir.
"Setakat ini, banjir sudah mencapai paras lutut seorang lelaki dewasa namun pengalaman sebelum ini ia boleh terus tinggi sekiranya hujan berterusan," katanya yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya.

إرسال تعليق