Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas (tengah) pada sidang media mengenai kejayaan menumpaskan pengedaran dadah susulan rampasan 28.79 kilogram syabu bernilai RM1.5 juta di sebuah ladang kelapa sawit di Batu 10, Jalan Apas, Tawau. - Foto NSTP/Abdul Rahemang Taiming
.
TAWAU: Polis menahan lima termasuk dua wanita serta merampas dadah jenis syabu seberat 28.79 kilogram (kg) bernilai RM1.5 juta dalam satu serbuan di kawasan lapang sebuah ladang kelapa sawit, Batu 10 Jalan Apas, di sini, Khamis lalu.
K
etua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata tangkapan dan rampasan itu susulan Ops Benteng (ATIPSOM) yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, di kawasan itu kira-kira jam 8 malam.
Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya mengesan kenderaan Isuzu Dmax dan Perodua Kembara dinaiki suspek sebelum ditahan untuk pemeriksaan.
"Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan menemukan satu beg hitam yang di letakkan di bahagian belakang (bucket) kenderaan pacuan empat roda berkenaan. Disyorkan Untuk Anda
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati beg itu mengandungi 25 bungkusan disyaki dadah jenis syabu manakala sebuah lagi beg coklat turut mengandungi satu bungkusan hablur jernih disyaki dadah yang sama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor.
Peter berkata suspek masing-masing seorang lelaki warga Indonesia, dua lelaki serta dua wanita tempatan berumur antara 16 hingga 55 tahun.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati semua suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai 'transporter'.
"Polis percaya modus operandi mereka iaitu bergerak dalam satu kumpulan menggunakan dua kenderaan berbeza untuk mengelirukan pihak keselamatan sebelum dadah ini diseludup ke negara jiran," katanya.
Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau selain hasil ujian saringan air kencing masing-masing negatif.
"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

إرسال تعليق