Dalang Sindiket Dadah Ditahan di Imago.

Kickbola.netDua dalang utama kepada sindiket pengedaran dadah berjaya diberkas polis


KOTA KINABALU: Cubaan dua dalang sindiket pengedaran dadah membuat penghantaran di sebuah pusat beli belah Imago, di sini, gagal apabila kedua-dua mereka diberkas polis, semalam.


Kedua-dua suspek berusia 22 dan 28 tahun itu, ditahan bersama syabu seberat 2,092.70 gram yang dianggarkan bernilai RM72,000 berdasarkan harga pasaran semasa.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kedua-dua suspek dikesan di dalam sebuah kenderaan Toyota Vios yang diletakkan di tepi pusat beli belah berkenaan.


Bagaimanapun katanya, ketika diarah menyerah diri untuk pemeriksaan, kedua-dua suspek menguncikan kenderaan sehingga memaksa pasukan polis memecahkan cermin kereta sebelum menahan mereka.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui dadah jenis syabu yang dibungkus dengan rapi di dalam plastik bertulis ‘GuanYinWang’ dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.


Ketua Polis Daerah KK, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas.
“Polis percaya kedua-dua suspek ini mengutip bayaran sehingga RM1,000, namun bergantung kepada kuantiti dadah untuk setiap penghantaran,” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek yang berasal dari Sarawak dipercayai bertindak sebagai orang tengah dalam menjalankan urusniaga jualan dadah berkenaan.


“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan,” katanya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.