IPD Kota Kinabalu menyantuni turun padang hulur bakul makanan

Kickbola.net Mohd Zaidi menghulurkan bakul makanan kepada salab seorang penerima pada program Ziarah Qaseh di Kota Kinabalu. FOTO Juwan Riduan



Kota Kinabalu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu meluangkan masa menyantuni 20 keluarga sekitar daerah ini untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan menerusi Program Ziarah Qaseh, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, program berkenaan bertujuan membantu orang awam yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Katanya, bantuan makanan yang disampaikan itu diharap dapat meringankan bebanan yang dihadapi ketika ini.

"Hari ini, kita menyerahkan bakul makanan kepada 20 keluarga dan selebihnya akan diteruskan dari semasa ke semasa.


"Bantuan berupa makanan dan keperluan harian seperti beras, telur, minuman, tepung, minyak masak dan sebagainya kepada mereka yang kita rasa terkesan dengan Covid-19 ini," katanya ketika ditemui media selepas memberi sumbangan bakul makanan, di sini, hari ini.

http://beritaup2date.blogspot.com/Mohd Zaidi menghulurkan bakul makanan kepada salab seorang penerima pada program Ziarah Qaseh di Kota Kinabalu.
Sumbangan bakul makanan itu membabitkan lima lokasi di sekitar daerah ini iaitu di Jalan Patuma 2, Kampung Cenderakasih Kolombong, Balai Polis Inanam, Kampung Lobai, Kampung Suang Parai.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, pihaknya sudah mengumpulkan sebanyak 80 bakul makanan untuk diagihkan kepada mereka yang dikenal pasti oleh ketua-ketua balai polis di kawasan masing-masing.


"Kita berharap dengan bantuan yang disampaikan akan dapat meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19 ini.

"Ini juga selaras dengan tema polis 'Masyarakat dan Polis Berpisah Tiada'," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post