KOTA KINABALU - Kerajaan negeri kekal dengan keputusan membenarkan makan di restoran (dine-in), kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri ini seperti yang diumumkan pada 28 Jun lalu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, arahan membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan kerajaan negeri pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara - Fasa 1 masih berkuat kuasa.
"Ini pendirian kita," katanya dengan tegas dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.
Sabah masuk PPN fasa kedua bermula Sabtu selepas diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menyatakan aktiviti restoran, cafe, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 9 malam secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
إرسال تعليق