Sebenarnya Lompat Parti Budaya Semenanjung, Bukan Sabah, Kata Pandikar

Kickbola.netPandikar Amin Mulia berkata ‘guru politik’ di Semenanjung memulakan budaya lompat parti itu selepas mencampuri politik Sabah.

Sebenarnya Lompat Parti Budaya Semenanjung, Bukan Sabah, Kata Pandikar

Bekas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia mempertahankan ahli politik Sabah yang dituduh menjadi ‘katak politik’ paling teruk, dengan menegaskan budaya itu berasal dari Semenanjung.

B
eliau menuding jari ke arah ahli politik dari Kuala Lumpur yang dituduhnya ‘mencampuri’ politik tempatan negeri itu, seterusnya membawa kepada lompat parti besar-besaran yang mengakibatkan pilihan raya kilat pada 1986.

“Jika diteliti budaya lompat parti, ia berasal dari Tanah Melayu.

“Jangan sekadar salahkan mereka yang melompat parti di Sabah, ‘guru politik’ di Tanah Melayu juga bertanggungjawab kerana mencampuri politik Sabah,” kata Pandikar merujuk kepada pilihan raya yang terpaksa diadakan pada 1986 susulan beberapa tindakan seumpama itu.

Ia berlaku selepas Joseph Pairin Kitingan dari PBS menerajui sebagai ketua menteri selepas parti berasaskan Kadazandusun beliau memenangi pilihan raya.

Pandikar mengulas soalan seorang peserta dalam forum dalam talian “Emergency, Democracy, and Rule of Law” hari ini.



Beliau ketika itu disoal pandangan mengenai bertukar parti selepas pilihan raya selain sama ada ahli politik dari Semenanjung belajar daripada rakan sejawat di Sabah.

Memetik beberapa pemimpin di Sabah pada pertengahan 1980-an, beliau berkata Kuala Lumpur memihak kepada ketua menteri ketika itu, Haris Salleh, yang bertelagah dengan Pairin.

“Ini kemudian membawa kepada ahli politik Persekutuan menggunakan kaedah kurang menyenangkan dalam usaha meraih sokongan,” katanya, merujuk kepada lompat parti besar-besaran yang berlaku susulan itu.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah sebelum ini mengesahkan bahawa ia hak sesiapapun dalam Perlembagaan untuk menganggotai parti politik pilihannya, malah satu keputusan mahkamah turut membatalkan undang-undang negeri Sabah yang melarang lompat parti.

Dalam perkembangan lain, Pandikar mengkritik Pakatan Harapan kerana tidak melakukan pembaharuan Parlimen sepanjang 22 bulan berkuasa.

Katanya, PH gagal meminda perintah tetap Dewan Rakyat bagi membolehkan dan mengutamakan usul tidak percaya terhadap seorang perdana menteri.

“Sebagai Speaker ketika itu, saya mematuhi perintah tetap yang menyatakan isu kerajaan perlu diberikan keutamaan. Jika ada usul tidak percaya, pasti ia tidak akan dapat diteruskan.”

Katanya, mengikut perintah tetap Dewan Rakyat, tiada peruntukan jelas yang membolehkan usul seperti itu dibentangkan, dengan menambah Ahli Parlimen perlu memberikan notis 14 hari.

Sebagai contoh, katanya, ketua pembangkang ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membentangkan usul tidak percaya terhadap Najib Razak pada 2015.


Bagaimanapun, usul itu hanya dimasukkan dalam Aturan Usul Mesyuarat dan tidak pernah didebatkan, tambahnya.

Pandikar berkata ini mungkin berubah jika kerajaan sedia ada atau pada masa depan meminda perintah tetap Dewan untuk memastikan sebarang undian tidak percaya terhadap seorang perdana menteri diberi keutamaan mengatasi segala isu lain dibentangkan di dewan itu. – FMT

Post a Comment

أحدث أقدم