Selepas Sandakan, Kota Kinabalu Turut Benarkan ‘Dine-In’ Di Restoran
D
ewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membenarkan semua peniaga restoran beroperasi secara ‘Dine-In’ berikutan kekeliruan yang berlaku berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP).
Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Alip berkata, dengan kebenaran itu pihak penguatkuasa tidak akan mengeluarkan notis kompaun kepada restoran yang membuka operasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di Sabah.
Katanya, ia juga adalah selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan kerajaan Sabah akan melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan mengekalkan sebahagian besar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Antara yang dibenarkan beroperasi pada PPN Fasa Pertama ini beberapa aktiviti sosial dan ekonomi termasuk makan di restoran selain operasi kedai gunting.
Noorliza berkata, meskipun belum ada SOP terkini yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya akan berpandu kepada SOP yang sedia ada.
Katanya menerusi kenyataan yang dipetik Daily Express berhubung pertanyaan pelbagai pihak mengenai kebenaran operasi perniagaan.
Sebelum ini daerah Sandakan turut membenarkan operasi sama dibuka bermula kelmarin dengan masa operasi bermula 6 pagi hingga 8 malam.
Akhbar tempatan Daily Express hari ini melapor, pengumuman tersebut telah dibuat oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip.
Selain Kota Kinabalu, Sandakan turut membenarkan dine-in sejak semalam, seperti yang diumum oleh Presiden Majlis Perbadanan Sandakan (MPS), Wong Foo Tin.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakod kelmarin mengumumkan lima negeri akan beralih ke Fasa Kedua FFN berkuatkuasa Isnin ini.
Lima negeri tersebut ialah Perlis; Perak; Pahang; Terengganu dan Kelantan.
Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Alip berkata, dengan kebenaran itu pihak penguatkuasa tidak akan mengeluarkan notis kompaun kepada restoran yang membuka operasi sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama di Sabah.
Katanya, ia juga adalah selaras dengan pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang menyatakan kerajaan Sabah akan melaksanakan PPN Fasa Pertama dengan mengekalkan sebahagian besar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Antara yang dibenarkan beroperasi pada PPN Fasa Pertama ini beberapa aktiviti sosial dan ekonomi termasuk makan di restoran selain operasi kedai gunting.
Noorliza berkata, meskipun belum ada SOP terkini yang diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya akan berpandu kepada SOP yang sedia ada.
Katanya menerusi kenyataan yang dipetik Daily Express berhubung pertanyaan pelbagai pihak mengenai kebenaran operasi perniagaan.
Sebelum ini daerah Sandakan turut membenarkan operasi sama dibuka bermula kelmarin dengan masa operasi bermula 6 pagi hingga 8 malam.
Hanya dua orang satu meja makan sahaja dibenarkan selain 50 peratus individu sahaja boleh berada di dalam premis makanan.
Noorliza Alip
Datuk Bandar Kota Kinabalu
Dine-In Dibenarkan, Tiada Kompaun Dikenakan, Kata DBKK
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak akan mengeluarkan kompaun atau saman terhadap pengusaha-pengusaha kedai makan yang membenarkan dine-in.Akhbar tempatan Daily Express hari ini melapor, pengumuman tersebut telah dibuat oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip.

إرسال تعليق