Terpaksa Jual Syabu, Kerana Kesempitan Hidup

Lelaki mengaku terpaksa Jual Syabu disebabkan Kerana Kesempitan Hidup

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





Beaufort: Hidup terdesak kerana tiada pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Itu alasan seorang lelaki yang kononnya memaksa dirinya menjalankan aktiviti pengedaran syabu ketika ditahan di One Beaufort Commercial Centre, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan ketika dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menjual bekalan syabu miliknya.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, ketika ditahan, polis mendapati suspek membawa 11 paket kecil lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Katanya, setiap paket berkenaan dianggarkan seberat 5.29 gram yang dipercayai dibawa untuk dijual kepada penagih di kawasan sekitar.

“Siasatan awal, suspek mengaku mendapat bekalan dadah daripada seorang pengedar tempatan yang dikenali sebagai “Bro ” di kawasan Sinsuran, Kota Kinabalu.

“Suspek turut mengaku terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah syabu sejak bulan Mac tahun ini kerana tiada punca pendapatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek juga didapati positif methapetamine.


Sementara itu, dalam kes berasingan, dua lelaki ditahan ketika cuba melalui pemeriksaan jalan di Kilometer 23, Jalan Beaufort-Papar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, kedua-dua lelaki berusia 35 dan 28 tahun terbabit ditahan bersama 19 paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 10.75 gram

Yusoff berkata, kedua-dua suspek terus ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.