2,103 kes baharu COVID-19 di Sabah, 1 Kluster tempat kerja di Lahad Datu

Sabah terus merekodkan jumlah kes baharu tinggi dengan jumlah 2,103 kes baharu hari ini.

Covid-19: Sabah memecahkan rekod harian dengan 2,103 kes baru, KK masih menjadi hotspot terbesar



KOTA KINABALU: Kes Covid-19 terus meningkat di Sabah dengan 2.103 dicatatkan pada 17 Ogos dan 1 Kluster tempat kerja dikenal pasti di Lahad Datu - Kluster Sawit Baiduri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, jumlah kes baharu itu mencatatkan peningkatan sebanyak 375 kes berbanding semalam.

Menurutnya, Kota Kinabalu kekal merekodkan kes tertinggi dengan 467 kes, diikuti Tawau 255 kes, Sandakan 208 kes, Tuaran 200 kes, Keningau 163 kes, dan Penampang 135 kes.

Katanya, Lahad Datu merekodkan sebanyak 78 kes, Kota Belud 71 kes, Tenom 61 kes, Ranau 57 kes, Papar 56 kes, Telupid 48 kes, Putatan 41 kes, Kinabatangan 40 kes, dan Beaufort 39 kes.

"Daerah Sipitang merekodkan sebanyak 35 kes, diikuti Tongod 28 kes, Kota Marudu 27 kes, Beluran 24 kes, Semporna 17 kes, Kunak 16 kes, manakala Nabawan dan Pitas masing-masing 10 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun
"Kalabakan merekodkan sebanyak lapan kes, Kudat lima kes, Tambunan empat kes dan tiada kes direkodkan di Kuala Penyu," katanya.

Beliau berkata, satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Sawit Baiduri Lahad Datu yang merekodkan sebanyak 77 kes baharu.

Masidi berkata, daripada 2,103 kes hari ini, 1,229 (58.4 peratus) adalah saringan kontak rapat, manakala 532 kes (25.3 peratus) saringan bergejala dan 161 kes (7.6 peratus) daripada kluster-kluster sedia ada.

"Pesakit kategori dua adalah kumpulan terbanyak dengan 969 kes (46.1 peratus), kategori satu 582 kes (27.7 peratus), kategori tiga sembilan orang, kategori empat dan lima masing-masing tiga orang.

"Setakat 16 Ogos, sebanyak 47.3 peratus penduduk dewasa Sabah memperolehi satu dos vaksin dan 23.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos," jelasnya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.