42 kes kematian di Sabah hari ini, tertinggi di Tuaran, KK

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Sebanyak 42 kes kematian dilaporkan di Sabah pada hari ini, iaitu 10 kes di Tuaran, sembilan kes di Kota Kinabalu, tujuh kes di Tawau, empat kes di Sandakan, tiga kes di Beaufort, dua kes di Penampang, Papar dan Keningau.


Manakala Kudat, Putatan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang memaklumkan ini berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 3,067, menjadikan jumlah kumulatif 112,378 orang.


“Seramai 5,012 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,509 orang di hospital, 3,368 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 51 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta,” kata Jurucakap Covid-19 Sabah itu dalam kenyataan media hari ini.

Masidi berkata, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 220 orang merangkumi 140 di ICU/repurposed kritikal care serta 80 di open war (HDW/kubikel akut) dan 79 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


Sabah merekodkan sebanyak 2,310 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 145,249 kes. - Warta Oriental

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.