Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun |
KOTA KINABALU: Lebih separuh daripada 2,638 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini bukan berlaku dalam tempoh 24 jam lalu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, , ia adalah kes tertunggak, dengan ada yang melebihi lima hari.
“Sebanyak 369 kes atau 14% adalah kes tertunggak melebihi lima hari, 378 kes (14.3%) melebihi empat hari dan 892 kes (33.8%) lewat didaftar melebihi dua hari,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,640 kes atau 62.2% dikesan hasil saringan kontak rapat.
Katanya, 611 kes atau 23.2% daripada saringan bergejala dan 139 kes atau 5.3% daripada kluster aktif.
“Daripada jumlah kes baharu itu juga, seramai 1,550 orang atau 58.8% pesakit dalam Kategori dua, 991 atau 37.6% Kategori satu, 12 orang dalam Kategori tiga, enam orang dalam Kategori empat dan tujuh orang dalam Kategori lima.” – FMT
إرسال تعليق