PKPD di 2 lokaliti di Sabah mulai 24 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 2 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 6 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 9 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 24 Ogos hingga 6 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 24 Ogos hingga 6 September seperti berikut:

a) Kampung Buanong Matunggong, Kudat.

b) Kampung Balung Cocos, Tawau.

Lanjutan PKPD 24 Ogos hingga 6 Sept

a) Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut,Tawau

b) Taman Semarak Indah, Tawau


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 22 dan 23 Ogos

a) 2 lokaliti di Blok 11 Kampung Titingan dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4, Tawau

b) 2 kawasan Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung Usahawan Borneo, Kalabakan


Post a Comment

أحدث أقدم