Lelaki maut, 2 kanak-kanak cedera dalam kemalangan di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu

SEORANG lelaki maut dalam pertembungan dua buah kenderaan di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu hari ini. - IHSAN BOMBA

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut manakala 3 yang lain termasuk 2 kanak-kanak cedera dalam pertembungan dua buah kenderaan di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu pada pukul 10 pagi ini.


Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Samsoa Rashid berkata, lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian setelah kereta Proton Saga dinaiki bertembung dengan sebuah van Hiace.

SEORANG lelaki maut dalam pertembungan dua buah kenderaan di Batu 9, Jalan Silam, Lahad Datu hari ini. - IHSAN BOMBA
Seorang wanita dan dua kanak-kanak berusia tiga dan enam tahun yang menaiki van tersebut turut mengalami kecederaan.

Tiga mangsa yang cedera, Norhada Mohd Noor,34; Muhammad Amir Haziq Alsari, 6; dan Nur Aileen Aisyah Alsari, 3.


“Pihak kami menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan ini pada pukul 10 pagi tadi dan tiga jentera bomba bersama sembilan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kami dimaklumkan empat individu terlibat dalam kemalangan ini dan dua kanak-kanak yang cedera telah dihantar ke hospital oleh orang awam manakala seorang lelaki maut dan seorang wanita mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jelas beliau, maklumat mangsa yang meninggal dunia tidak diperoleh.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.