Lelaki meninggal dunia di luar PPV Keningau

USUNG: Mayat mangsa diusung menaiki kenderaan polis untuk dibawa ke hospital.

Lelaki Meninggal Dunia Ketika Dalam Perjalanan Menuju PPV Di Keningau



KENINGAU: Seorang lelaki warga asing meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Keningau pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain dalam satu kenyataan berkata, lelaki warga asing yang berusia 57 tahun itu berjalan kaki dari rumahnya di Kampung Pampang yang terletak 2.1 kilometer dari PPV itu.

“Lebih kurang 9.30 pagi, bilik gerakan IPD Keningau menerima laporan dari anggota polis yang menjalankan tugas kawalan lalu lintas di PPV, mengatakan ada seorang lelaki rebah dipercayai meninggal dunia di bawah di luar kawasan Kompleks Sukan Keningau.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai perubatan Hospital Keningau telah tiba di lokasi memberikan bantuan kecemasan dan mengesahkan lelaki terbabit telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Keningau untuk siasatan lanjut,” katanya.


Sepasukan pegawai perubatan Hospital Keningau telah tiba di lokasi memberikan bantuan kecemasan dan mengesahkan lelaki terbabit telah meninggal dunia.
Tambahnya mangsa berjalan kaki ke PPV tersebut untuk menghadiri janji temu vaksin yang didaftarkan melalui aplikasi MySejahtera.

“Maklumat awal yang diterima, mangsa rebah secara tiba-tiba di tempat kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kematian diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.


Seorang lelaki warga asing meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dalam kejadian di luar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Keningau di sini.
Mangsa yang berumur 57 tahun itu ditemukan rebah ketika berehat di bawah pokok di luar PPV berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, sebelum kejadian lelaki berkenaan yang tinggal di Kampung Pampang di sini datang ke PPV itu dengan berjalan kaki dari rumahnya.


Lelaki itu meninggal dunia semasa menunggu giliran mendapatkan vaksin
Menurutnya, tidak lama selepas tiba di kawasan PPV berkenaan, mangsa dilaporkan singgah di bawah pokok untuk berehat.

"Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.


SIARAN MEDIA OLEH DSP SHAHRUDIN BIN MAT HUSAIN KETUA POLIS DAERAH KENINGAU *KES MATI MENGEJUT DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KOMPLEKS SUKAN KENINGAU*
"Mangsa dikatakan mengadu sakit di dada namun tetap meneruskan perjalanannya sehingga sampai di luar perkarangan PPV berkenaan.

"Semasa duduk berehat, mangsa disyaki mengalami serangan jantung sebelum anggota polis yang bertugas menyedari keadaan mangsa dan bertindak menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang merawatnya sebelum dibawa ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya.


Pihaknya juga masih menunggu laporan bedah siasat mangsa dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam pada itu, kejadian berkenaan turut tular di media sosial yang mendakwa mangsa meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk menerima vaksin.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.