Lelaki tempatan ditahan miliki syabu

TANGKAPAN: Suspek dan syabu yang dirampas di bawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.



KALABAKAN: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah jenis syabu di jalan Brantian, di sini semalam.

Tangkapan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama anggota Balai Polis Kalabakan yang menjalankan tugas rondaan jarak jauh di lokasi berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata suspek yang memandu sebuah kenderaan dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum diperiksa.

“Pasukan keselamatan yang membuat pemeriksaan keatas fizikal lelaki berumur 30 tahun berkenaan tidak menemui barang salah.

“Bagaimanapun, pemeriksaan di dalam kenderaannya telah menemui empat paket kecil lutsinar yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, suspek dan syabu seberat 0.23 gram itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Jumlah keseluruhan rampasan termasuk sebuah kenderaan yang digunakan suspek dianggarkan bernilai RM6,500.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.