![]() |
Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet baharu disahkan positif COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA |
Mohamad Alamin positif COVID-19, tidak akan hadiri upacara istiadat angkat sumpah di Istana Negara
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan II dalam Kabinet baharu disahkan positif COVID-19.
Susulan itu, beliau yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, esok tidak dapat berbuat demikian.
Mohamad berkata, beliau membuat ujian saringan RT-PCR semalam selepas tidak sihat dan demam.
"Ujian saringan PCR saya menunjukkan saya positif COVID-19. Justeru saya tidak dapat menghadiri istiadat mengangkat sumpah timbalan menteri esok.
"Kini saya tidak lagi demam dan sedang menjalani kuarantin kendiri di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
![]() |
Mohamad Alamin hari ini mengesahkan bahawa dia telah dijangkiti Covid-19 dan tidak akan dapat menghadiri upacara mengangkat sumpah yang akan diadakan hari ini. - Foto fail Bernama |
Salah seorang timbalan menteri dalam Kabinet baharu itu ialah Mohamad yang memikul portfolio Timbalan Menteri Pendidikan II.
Post a Comment
0Comments