PKPD di 10 lokaliti di Sabah mulai 27 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 10 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 9 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 10 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 27 Ogos hingga 9 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 27 Ogos hingga 9 September seperti berikut:

a) 3 Lokaliti Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia,Telupid.

b) 2 lokaliti di Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan, Penampang.

c) 2 lokaliti di Kampung Lohan Ulu dan Kampung Libang, Ranau.

d) Rancangan Batu 22 Apas, Tawau.

e) Kampung Landung Ayang, Kudat.

e) Kampung Pengalat Kecil, Papar​.

Lanjutan PKPD 27 Ogos hingga 9 Sept

a) 6 Lokaliti di Kampung Betutai; Kampung Bontoi; Kampung Kindu; Kampung Serusop; Taman Sri Rugading; dan Taman Telipok Ria di Tuaran.

b) 2 Lokaliti di Kampung Bergosong Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8, Tawau.


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 24 Ogos

a) 3 Lokaliti di Kampung Bolong Baru; Kampung Sungai Damit; Kampung Simpangan, Tuaran.

b) 2 Lokaliti di Ladang Bukit Mas; Ladang Linbar 1, Kinabatangan.

c) 2 Lokaliti di Kg Kongsi 8 dan Kampung Lahjat-Lahat Pulau Sebatik, Tawau

d) 2 Lokaliti di Perumahan Ladang Reka Halus; Perumahan Ladang Boustead Trunkline, Beluran.

e) Kampung Kayu Madang, Telipok.

f) Kampung Batition, Kota Marudu.

g) Kampung Sunsuron, Tambunan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.