Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 10 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 9 September. |
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 10 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 27 Ogos hingga 9 September ini.
Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.
Pelaksanaan PKPD bermula 27 Ogos hingga 9 September seperti berikut:
a) 3 Lokaliti Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia,Telupid.
b) 2 lokaliti di Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan, Penampang.
c) 2 lokaliti di Kampung Lohan Ulu dan Kampung Libang, Ranau.
d) Rancangan Batu 22 Apas, Tawau.
e) Kampung Landung Ayang, Kudat.
e) Kampung Pengalat Kecil, Papar.
Lanjutan PKPD 27 Ogos hingga 9 Sept
a) 6 Lokaliti di Kampung Betutai; Kampung Bontoi; Kampung Kindu; Kampung Serusop; Taman Sri Rugading; dan Taman Telipok Ria di Tuaran.b) 2 Lokaliti di Kampung Bergosong Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8, Tawau.
Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad |
Penamatan PKPD 24 Ogos
a) 3 Lokaliti di Kampung Bolong Baru; Kampung Sungai Damit; Kampung Simpangan, Tuaran.b) 2 Lokaliti di Ladang Bukit Mas; Ladang Linbar 1, Kinabatangan.
c) 2 Lokaliti di Kg Kongsi 8 dan Kampung Lahjat-Lahat Pulau Sebatik, Tawau
d) 2 Lokaliti di Perumahan Ladang Reka Halus; Perumahan Ladang Boustead Trunkline, Beluran.
e) Kampung Kayu Madang, Telipok.
f) Kampung Batition, Kota Marudu.
g) Kampung Sunsuron, Tambunan.
إرسال تعليق