PKPD di 2 lokaliti di Sabah mulai 2 September

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 2 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 15 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 2 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 2 September hingga 15 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.


Pelaksanaan PKPD bermula 2 September hingga 15 September seperti berikut:

a) Kampung Narawang, Ranau.

b) Kampung Mininsalu Baru (Pasir Putih), Ranau.


Lanjutan PKPD 1 hingga 15 September

Taman Ria Height, Tawau


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 31 Ogos

a) Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik, Tawau

b) Kampung Payas-Payas, Kota Belud,

c) 2 lokaliti di Beverly Hills Fasa 3 dan Regency Park, Penampang.

d) 2 lokaliti di Kampung Iburu dan Kampung Meligan, Sipitang.

e) Kompleks Baiduri Ayu, Felda Sahabat 9, Lahad Datu.

f) Perumahan Pekerja Ladang Moynod 1, Beluran.

g) Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Dundau, Kota Belud.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.