PKPD di 2 lokaliti di Sabah mulai 29 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 2 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 11 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 3 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 29 Ogos hingga 11 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 29 Ogos hingga 11 September seperti berikut:

a) Kampung Debut, Ranau.

b) Kampung Tindai Kolopis, Penampang.

Lanjutan PKPD 29 Ogos hingga 11 Sept

a) Kampung Brunei di Membakut, Beaufort.

b) Kampung Manggaris 2, Kota Marudu.


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 28 Ogos

a) Bandar Sinsuran, Kota Kinabalu.

b) Kampung Sembulan Tengah & Lama, Kota Kinabalu.

c) Kampung Pulutan, Kampung Mansiang, Kampung Darau dan Tapak Bina Hyatt Centric, Kota Kinabalu.

d) Projek Perumahan Rakyat Sri Semarak, Tawau.

e) Lorong Mat Salleh Batu 2 di Jalan Apas, Tawau.

f) Kampung Siasai Dundau, Kota Belud.

g) Rumah Kongsi Tapak Bina Prima di Lumat, Beaufort.

h) Kampung Rancangan, Kalabakan.

h) Kampung Contoh, Putatan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.