PKPD di 2 lokaliti di Sabah mulai 31 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 2 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 13 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 2 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 31 Ogos hingga 13 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 31 Ogos hingga 13 September seperti berikut:

a) Kampung Bukit Gemuk, Tawau.

b) Kampung Nasakot, Ranau.

Lanjutan PKPD 31 Ogos hingga 13 Sept

Taman Megah Jaya (Lorong 2,3,9 & 10) Tawau.


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 30 Ogos

a) 3 Lokaliti di Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu dan Kampung Suang Punggur, Kota Belud .


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.