PKPD di 23 lokaliti di Sabah mulai 25 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 23 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 7 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 23 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 25 Ogos hingga 7 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 25 Ogos hingga 7 September seperti berikut:

a) 6 Lokaliti di Kampung Cenderamata 2, dan Kampung Cempaka, Likas; Kampung Inanam Laut; Kampung Bambangan, Inanam; Kampung Kelingau; Kampung Lapasan dan Taman Kuala Menggatal, Kota Kinabalu

b) 4 lokaliti di Penampang iaitu Delta Height; Kampung Sindaan; Rainfields Garden dan Maju Kota Lights Industry, Jalan Lama Penampang.

c) 4 lokaliti di Kampung Tanjung Batu Tengah; Taman Ranggu Saujana, Pulau Sebatik; Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik dan Tanjung Batu Laut, Tawau.

d) 3 lokaliti di Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis dan Ladang Sungai Pin, Kinabatangan

e) 2 lokaliti di Perumahan Ladang Felda Sahabat 55, dan Taman Perumahan Satu, Lahad Datu.

f) 2 lokaliti di Taman Limauan, Kinarut; Kampung Mondikot, Papar

g) Ladang Mawang, Kalabakan dan

h) Kem Sawmill (Kilang Papan) Menganyam Sri Arjuna, Sipitang.

Lanjutan PKPD 25 Ogos hingga 7 Sept

a) Taman Kinarut Ria, Papar

b) Kampung Kota Tuaran


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 24 Ogos

a) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Balung, Tawau.

b) PPR Taman Sri Titingan, Tawau.

c) Kem 2 Tolokoson, Tenom.

d) Kampung Sarikan, Nabawan.

e)Kampung Lapasan,Tuaran.

f) Kampung Timbok, Tuaran.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.