PKPD di 4 lokaliti di Sabah mulai 20 Ogos

PKPD akan dilaksanakan di 4 lokaliti di Sabah berkuatkuasa selama dua minggu, bermula Jumaat ini.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata lima lokaliti di Johor dan Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 20 Ogos hingga 2 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 20 Ogos hingga 2 September seperti berikut:

a) Kampung Tanjong Pagar, Sipitang,

b) Setinggan Kampung Baru Luyang Penampang,

c) Kampung Padang Tembak, Keningau, dan

d) Kampung Jawa, Tawau.

Penamatan PKPD 19 Ogos

Kampung Kuala Mengalong, Sipitang;

Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri, Kunak

Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu.

University Apartment 1, Kota Kinabalu.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.