PKPD akan dilaksanakan di 4 lokaliti di Sabah berkuatkuasa selama dua minggu, bermula Jumaat ini. |
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata lima lokaliti di Johor dan Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 20 Ogos hingga 2 September ini.
Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.
Pelaksanaan PKPD bermula 20 Ogos hingga 2 September seperti berikut:
a) Kampung Tanjong Pagar, Sipitang,
b) Setinggan Kampung Baru Luyang Penampang,
c) Kampung Padang Tembak, Keningau, dan
d) Kampung Jawa, Tawau.
Penamatan PKPD 19 Ogos
Kampung Kuala Mengalong, Sipitang;Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri, Kunak
Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu.
University Apartment 1, Kota Kinabalu.
إرسال تعليق