Rider Foodpanda Maut Kemalangan di Batu 3, Tawau

Lokasi kemalangan maut yang membabitkan penghantar makanan di Batu 3, Tawau.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





TAWAU: Seorang penghantar makanan Foodpanda maut dalam kemalangan yang berlaku di Batu 3, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, penghantar makanan tersebut, Mohd. Ramdhan Abas @ Azmi, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah jip yang menuju ke Tawau Lama dengan membawa muatan membuat pusingan U di Batu 3.

Beliau berkata, pemandu jip berusia 51 tahun itu dipercayai keluar secara tiba-tiba daripada simpang pusingan U hingga menyebabkan penghantar makanan yang berada di jalan lurus dan menuju ke bandar Tawau tidak dapat mengelak lalu terlanggar bahagian tengah jip tersebut.

Akibat hentaman yang kuat menyebabkan motosikal milik mangsa patah rim tayar hadapan hingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan teruk dan maut di lokasi kemalangan.


“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu jip ketika membuat pusingan U,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh. – Utusan Online

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

أحدث أقدم