PKPD di 4 lokaliti di Sabah mulai 30 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 4 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 12 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 4 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 30 Ogos hingga 12 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 30 Ogos hingga 12 September seperti berikut:

4 lokaliti di Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa serta Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Serigai, Putatan

Lanjutan PKPD 30 Ogos hingga 12 Sept

Kampung Tuhau, Matunggong, Kudat


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 29 Ogos

a) 2 lokaliti di Kampung Sungai Pukul dan Kampung Muhibbah Raya, Tawau.

b) 2 lokaliti di Kampung Paka Kawiyan dan Kampung Matupang, Ranau.

c) Perumahan Ladang Excellent Challenger 2, Beluran.

d) Pekan Donggongon, Penampang.

e) Kampung Sembirai Lebak Engad, Kota Belud.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.