PKPD di 5 lokaliti di Sabah mulai 11 ogos

PKPD dikuatkuasakan terhadap 5 lokaliti di negeri Sabah bermula 11 Ogos hingga 24 Ogos ini.




Menteri Kanan (Keselamatan), Hishammuddin Hussein berkata, 5 kawasan di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 11 hingga 24 Ogos ini.

Beliau berkata, PKPD itu dilaksanakan selepas meneliti penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 11 hingga 24 Ogos seperti berikut:

2 Lokaliti di PPR Taman Sri Balung dan PPR Taman Sri Titingan, Tawau;

Kem 2 Tolokoson, Tenom;

Kampung Kota Tuaran, dan

Kampung Sarikan, Nabawan.

“Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD akan dilaksanakan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


PKPD dikuatkuasakan terhadap 5 lokaliti di negeri Sabah bermula 11 Ogos hingga 24 Ogos ini.

Pelanjutan PKPD dari 11 Ogos sehingga 24 Ogos

Taman Kinarut Ria, Papar, Sabah.

Penamatan PKPD pada 10 Ogos

Kampung Mananam, Tongod,

Kampung Kauran, ;Kampung Patikang Ulu; Kilang, Kuarters Focus Lumber; Kilang, Kuarters Veracity; Kilang, Kuarters Hasil Jadi; Pusat Memandu IDA dan Penempatan Warga Indonesia, Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah.

Perumahan Ladang Pontian Kuril, Kinabatangan;

Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih, Sipitang.

Kampung Tawadakan, Kota Belud;

Kampung Madsiang, Penampang

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.