PKPD di 9 lokaliti di Sabah mulai 22 Ogos

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 9 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 4 September.



Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 9 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 22 Ogos hingga 4 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.

Pelaksanaan PKPD bermula 21 Ogos hingga 4 September seperti berikut:

a) 4 lokaliti PKPD di Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kampung Kulambai Dundau; Kampung Labuan; Kampung Ambong Tolus serta Kampung Tuguson, Kota Belud

b) 2 Lokaliti di Perumahan Ladang Cantawan, Silabukan dan Perumahan Lestari, FELDA Sahabat 48, Lahad Datu

c) 2 Lokaliti di Taman Millenium dan Taman Kinabutan Ria, Tawau

d) Kampung Tangkuyan, Tongod.

Lanjutan PKPD 22 Ogos hingga 4 Sept

3 lokaliti melibatkan Bandar Sinsuran, University Condominium Apartment Fasa 2 dan Rumah Murah Kepayan di Kota Kinabalu, Sabah.


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 20 Ogos

Kampung Lohan 1, Ranau, Sabah.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.