7 militan Abu Sayyaf yang ditahan dalam operasi khas mungkin didakwa di Sabah sebelum dihantar pulang |
7 militan Abu Sayyaf yang ditahan dalam operasi khas mungkin didakwa di Sabah sebelum dihantar pulang
KOTA KINABALU - Polis Sabah menafikan dakwaan bahawa Sandakan dijadikan sebagai sel bagi kumpulan Abu Sayyaf (ASG) susulan insiden 2 lelaki ditembak mati dan 7 lagi ditahan adalah kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dalam operasi khas yang dilaksanakan minggu lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menjelaskan, keadaan kawasan pantai timur Sabah yang panjang itu menjadi pintu masuk bagi pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Dakwaan itu tiada. Tahulah Sabah ini dari timur Sabah ada 1,470 kilometer pantai. Memang itulah pintu masuk utama.
"Bila pasukan keselamatan keluar, tidak kira polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), tentera keluar, mereka akan masuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tabika Kemas Al-Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan ahli ASG yang ditembak mati dan ditangkap minggu lalu.
Datuk Hazani Ghazali ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Tabika Kemas Al-Ghazali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu. |
"Mesej kita sudah sampai di seberang (Filipina) yang kita akan ambil tindakan agresif. Masuk ke sini, kita sahkan pihak keselamatan dan juga Filipina jika mereka ini ASG, kita ambil tindakan sewajarnya," katanya.
Hazani dalam pada itu turut menyeru supaya pemilik ladang atau pemaju supaya tidak memberi ruang kepada PATI, tolong buat pengesahan serta semak dokumentasi.
إرسال تعليق