Kluster Covid baru dikesan di ladang sawit Kinabatangan

Gambar hiasan



KOTA KINABALU: Satu kluster Covid-19 baharu telah dikesan melibatkan sebuah ladang sawit di Kinabatangan, kata jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun.

Himpunan jangkitan yang dinamakan Kluster Sungai Pin 3 adalah kluster tempat kerja iaitu di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, menurut beliau.

"Kes indeks merupakan pekerja ladang, wanita, 51, yang bergejala sejak 27 Julai 2021, disahkan positif COVID-19 di Klinik Kesihatan Batu Putih, Kinabatangan pada 09 Ogos 2021," kata Masidi dalam kenyataan media malam ini.

"Kes indeks telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut setelah keputusan saringan RTK-AG menunjukkan positif dengan grading 100%.

"Aktiviti persampelan terhadap 83 kontak mendapati 55 daripadanya dikesan positif termasuk 52 kes baharu yang dilaporkan hari ini meliputi kontak pekerja dan tanggungan."

Siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebarang jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain, tambah Masidi.

Post a Comment

أحدث أقدم