Ronald Kiandee nafi khabar angin PM letak jawatan

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee



PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee menafikan sebarang khabar angin mengenai peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

Beliau berkata, malah sidang Parlimen bagi menentukan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri menerusi usul undi percaya akan diadakan mengikut jadual yang ditentukan pada 6 September depan.

“Saya tidak terlibat dalam perjumpaan bersama Perdana Menteri malam tadi, itu perjumpaan dalam kalangan ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN), saya tiada butiran.

“Buat masa sekarang mengikut jadual sidang Parlimen akan diadakan pada 6 September nanti bagi menentukan keabsahan Perdana Menteri. Jika ada sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat Jabatan Perikanan di Wisma Tani di sini hari ini.


Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee pada simbolik peneyerahan sumbangan bakul makanan MAFI Prihatin CSR Rakan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia di perkarangan Wisma Tani di sini, hari ini.
Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yakin, parti-parti dalam komponen PN akan terus memberi kepercayaan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri. – K! ONLINE

Post a Comment

أحدث أقدم