Sabah belum benarkan rentas negeri, daerah

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais




KOTA KINABALU: Pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap belum lagi dibenarkan di Sabah.

Malah, aktiviti rentas daerah di negeri ini masih perlu mengemukakan surat atau permit kebenaran polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata, pada masa ini, Sabah masih mengguna pakai prosedur operasi standard (SOP) terdahulu berikutan tiada SOP baharu dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Di Sabah, kita masih menggunakan SOP yang dikemas kini pada 6 Ogos lalu dan orang ramai perlu meminta kebenaran dan permit polis untuk merentas daerah.

“Kita mendapati ramai yang keliru dengan pertukaran SOP terutamanya selepas pengumuman di peringkat kerajaan Pusat baru-baru ini. Kelonggaran diumumkan itu masih belum diguna pakai di Sabah sehingga SOP baharu dikeluarkan.


YUSUH Mat Tais (tiga kanan) menyampaikan bantuan bakul makanan kepada seorang penerima dalam Program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini. Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah (dua kiri).
“Maka, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan disiplin diri kerana kita masih berhadapan cabaran jangkitan sporadik yang menjangkiti komuniti dalam diam,” katanya.,” katanya selepas program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Yusuh berkata, pasukan pemantau pematuhan SOP akan terus digerakkan bagi memastikan tiada aktiviti berkumpul atau kesesakan luar biasa di kawasan tumpuan orang awam.

“Kita akan memberikan nasihat melalui team pemantauan dengan menggunakan kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Sekiranya ada pihak yang berdegil, kita akan memberikan kompaun mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, pasukan polis akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal keadaan keselamatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ini sebagai langkah membantu mengatasi kesesakan luar biasa di PPV.

Jelas beliau, penugasan ini akan dilakukan agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berikutan kekangan keanggotaan polis yang melakukan penugasan lain di SJR serta tugas pematuhan SOP,” katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم