Semua Ketua Polis Daerah Di Sabah Diarah Pantau PPV Di Kawasan Masing-Masing

Semua KPD Di Sabah Diarah Siapsiaga pantau PPV Di Kawasan Masing-Masing



KOTA KINABALU : Setiap Ketua Polis Daerah (KPD) di Sabah diarahkan memantau pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mengelak berlaku kesesakan seperti sebelum ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata, arahan berkenaan dikeluarkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali bagi mengelak kesesakan berulang.

Katanya, arahan juga diberikan supaya KPD membuat perancangan awal bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar.

“Setiap KPD perlu memastikan PPV di daerah mereka dipantau bagi memastikan proses vaksinasi terkawal,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bakul makanan Op Bantu di Kota Kinabalu, semalam.

Yusuh berkata, penambahan anggota di setiap PPV juga sudah dimaklumkan kepada semua KPD.


Kesesakan sebelum ini dilaporkan berlaku di PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan.
“Memang ada pertambahan anggota dan arahan dikeluarkan Pesuruhjaya Polis Sabah supaya KPD menentukan kawalan anggota yang mencukupi di kawasan PPV,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini, PPV Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan dan Dewan Perdana, Jalan Silam, Lahad Datu, sesak selepas diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’.

Sementara itu, mengulas prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah pada Khamis, Yusuh berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhinya.

“Tidak banyak perubahan SOP yang terdahulu, cuma untuk ‘dine-in’ di restoran dan memasuki pasar raya dikehendaki lengkap dua dos. Jadi patuhilah arahan itu,” katanya. – HMetro

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.