SKMM naik taraf 28 menara telekomunikasi di Kampung Pangi, Tenom

28 buah menara baharu akan dibina di Tenom – SKMM

SKMM giat usaha atasi masalah capaian internet Kampung Pangi Tenom



CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi Pelan Jalinan Digital Negara akan membina sebanyak 28 buah menara komunikasi baharu di daerah Tenom, Sabah.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembinaan menara baharu itu dijangka bermula pada suku terakhir tahun ini dan siap secara berperingkat pada Disember tahun depan.

Menurutnya, sebuah menara komunikasi yang terletak kira-kira 0.17 kilometer (km) dari Sekolah Kebangsaan Kampung Pangi, Tenom juga akan dinaik taraf tidak lama lagi, sebagai perancangan jangka panjang SKMM menangani masalah capaian internet di kawasan itu.

“Kerja-kerja naik taraf untuk memberikan perkhidmatan 4G/LTE di menara komunikasi berkenaan dijangka siap pada April tahun depan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, SKMM berkata, bermula April lalu sebanyak 62 stesen pemancar sedia ada sedang dinaik taraf perkhidmatannya kepada 4G/LTE dengan 13 daripadanya telah siap dinaik taraf setakat ini.


Pertemuan pihak SKMM dengan guru SK Pangi baru-baru ini bagi mencari penyelesaian masalah internet yang dihadapi mereka.- Foto IHSAN SKMM
“Tambahan pula, dua kawasan di daerah ini juga akan mendapat liputan internet melalui projek Jalur Lebar Satelit.

“Sehubungan itu, tindakan-tindakan yang telah diambil akan membawa capaian internet yang lebih menyeluruh kepada penduduk di Kampung Pangi,” katanya.

Terdahulu, SKMM cawangan Keningau bersama dengan wakil penyedia perkhidmatan mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom, yang berdepan masalah capaian liputan internet pada 19 Ogos lalu.

Hasil lawatan tersebut mendapati, wujud masalah pada sistem transmisi satelit Very Small Aperture Terminal (VSAT) di menara komunikasi berdekatan.


28 menara telekomunikasi di Kampung Pangi, Tenom - SKMM
Berikutan itu, SKMM telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan yang berkenaan untuk mengatasi masalah tersebut segera bagi memastikan penduduk dan pelajar di Kampung Pangi dapat menikmati kembali liputan telekomunikasi yang lebih baik sekali gus memudahkan urusan seharian mereka. -K! ONLINE

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.