13 kes kematian hari ini

http://beritaup2date.blogspot.com/ 13 kes kematian hari ini; 1,775 sembuh

KOTA KINABALU: Sebanyak 13 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 3 kes di Lahad Datu dan Putatan, 2 kes di Tawau dan Kudat, manakala Kota Belud, Sandakan dan Kinabatangan masing-masing mencatatkan 1 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun (gambar) yang memaklumkan ini berkata, bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini.



Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar, katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah berkata, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 1,775 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 158,502 orang.

“Manakala 4,203 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,446 orang di hospital, 2,646 orang di Pusat Kuarantindan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 102 orang di Pusat Tahanan Sementara(PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 200 orang merangkumi 149 di ICU/repurposed kritikal care serta 51 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 70 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

Sabah melaporkan sebanyak 1,395 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 184,221 kes.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.