2 mangsa bot karam di Sungai Padas belum ditemui

Picture
Anggota penyelamat giat mengesan kedua-dua mangsa yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam, semalam.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TENOM – Seorang lelaki serta seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam di Sungai Padas, berhampiran Kampung Kalandos Pangi semalam masih belum ditemui.

Setakat pukul 4 petang tadi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilaksanakan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tenom.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Mohd. Zainal Sinsian berkata, operasi SAR yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bermula pukul 8.07 pagi tadi di sekitar kawasan kejadian.

“Setakat ini, identiti mangsa sudah dikenal pasti sebagai Joseph Sayah, 55, dan Melvin Junaidi, 12 tahun.


“Mangsa kanak-kanak berkenaan adalah cucu kepada lelaki yang terselamat dalam kejadian sama semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, usaha mencari akan diteruskan dan sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, alam kejadian jam 4 petang, semalam, kedua-dua mangsa hilang menaiki bot bersama dua lagi mangsa terselamat di Sungai Padas, di sini, selepas memberi barangan keperluan di pekan Tenom.


Bot yang dinaiki dikatakan tiba-tiba terbalik disebabkan arus deras ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan.

Dua mangsa iaitu seorang lelaki warga emas lelaki dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa hanyut sebelum hilang di bawa arus deras. -K! ONLINE

SOURCE: KOSMO!

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.