28 Lagi Kes Varian membimbangkan VOC Baharu Dikesan Di Sabah

Picture
Sebanyak 28 kes Variant of Concern (VOC) baharu dikesan Sabah antara 13 September dan 25 September.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

28 lagi kes VOC dikesan di Sabah, 26 daripadanya Delta

KOTA KINABALU: Sebanyak 28 kes Variant of Concern (VOC) baharu dikesan Sabah antara 13 September dan 25 September.


Dari jumlah tersebut, 26 kes adalah daripada varian Delta sementara selebihnya adalah kes Beta, menurut data yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebook beliau kelmarin.


Ini menjadikan jumlah kes VOC di Sabah sebanyak 63, iaitu 52 Delta, 8 Beta dan 3 Alpha.


Noor Hisham berkata, kes kumulatif negara yang dijangkiti oleh kategori VOC dan Variant of Interest (VOI) Covid-19 kini berjumlah 1,860.


“Dari jumlah tersebut, 1.840 adalah kes VOC sementara 20 adalah kes VOI. Secara keseluruhan, setakat ini, untuk VOC, terdapat 1,612 kes varian Delta, 214 Beta, dan 14 Alpha.


“Sementara itu, untuk VOI, ada 13 kes Theta, empat Kappa, dan tiga Eta,” katanya. – DE

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.