Ranau: Seorang lelaki bersama 3 anaknya terselamat selepas kenderaan pacuan 4WD yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kundasang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, 43, bersama 3 anak berusia lingkungan 5 hingga 15 tahun terbabit bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan
Manakala pemandu dan kelindan lori berusia 35 dan 21 tahun pula terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 petang.


Katanya, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, semua mangsa yang cedera terus diberikan rawatan awal oleh pasukan ERMS.

“Semua mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Ranau menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 4.15 petang selepas tiada lagi kemerbahayaan lain ditemui di kawasan kejadian.

SOURCE: Deasoka

Kongsikan artikel ini: