487 Kematian Akibat Covid-19 Dilapor Semalam

Picture
Kematian sebenar purata tujuh hari direkodkan pada kadar 106 kes.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

COVID-19: 487 kes kematian baharu, 161 BID setakat Rabu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 487 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub.


Daripada jumlah itu, 161 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,565.

Picture
Menurut data GitHub jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini mencecah angka 2,138,150.
Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 178 kes, diikuti Sabah (87), Johor (63), Kuala Lumpur (44), Pulau Pinang (36), Kelantan (26), Perak (18), Kedah (14), Pahang (lima), Negeri Sembilan (lima), Melaka (lima), Terengganu (tiga), Perlis (dua) dan Sarawak (satu).


Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 201,274 kes aktif direkodkan termasuk 1,114 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 615 memerlukan bantuan pernafasan.

Picture
Kematian sebenar purata tujuh hari direkodkan pada kadar 106 kes. - Foto fail/BERNAMA
Sebanyak 19,702 kes sembuh turut dilaporkan.


Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini mencecah angka 2,138,150.

SOURCE: Awani

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ya Allah..padaMu kami mohon rahmat dan kesihatan..Kami tidak berdaya melinkan hanya memohon syifah padaMu.
    Damai yang telah meninggal dunia di alam barzak

    ReplyDelete