Aktiviti lihat bintang bangkitkan semula pelancongan Sabah

Picture
Sabah menjadikan aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pelancongannya. (Foto FB Sabah Stargazers)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Pihak berkuasa pelancongan Sabah memilih aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pada saat negeri itu bersedia membuka semula industri pelancongannya.

Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Julinus Jimit berkata, pelancongan astronomi dapat membantu menghidupkan kembali pelancongan domestik walaupun beliau mengakui sektor ini bukan menjadi pilihan setiap orang.


“Aktiviti melihat bintang adalah antara faktor tarikan pengunjung ke kawasan luar bandar, di mana kebanyakan lokasi aktiviti ini berada.

“Aktiviti ini bersifat khusus, namun orang lain dapat ikut dan melakukan perkara lain seperti berbasikal gunung, ‘trekking’ dan ‘hiking’,” katanya.

Julinus berkata, orang ramai boleh memilih untuk melakukan aktiviti luar dan rekreasi lain sementara menunggu untuk melihat bintang pada waktu malam.

“Produk ini akan saling melengkapi. Gambaran yang lebih besar adalah kebangkitan semula pelancongan domestik, dengan pelancongan luar bandar akan memainkan peranan besar,” katanya.


Katanya, bahagian produk STB sedang mengenal pasti lokasi bagi aktiviti melihat bintang di negeri itu seperti daerah utara Kudat, kawasan pedalaman Beaufort dan daerah Lahad Datu.


Pelancong boleh memilih untuk melakukan aktiviti luar dan rekreasi lain sementara menunggu untuk melihat bintang pada waktu malam. Ini sebagai tambahan kepada lokasi yang sudah dikenali seperti Kadamaian, Kota Belud, Kuala Penyu dan Penampang, antara lain.

STB akan menyediakan semua maklumat yang diperlukan mengenai aktiviti melihat bintang seperti lokasi terbaik dan masa yang sesuai di laman web dan media sosialnya.

Picture
Sabah menjadikan aktiviti melihat bintang sebagai salah satu produk utama pelancongannya. (Foto FB Sabah Stargazers)

Kerajaan Sabah melonggarkan peraturan bagi sektor pelancongan minggu lalu, dengan semua lokasi pelancongan di negeri itu kini dibenarkan dibuka kepada pengunjung dari daerah tempatan.

Jurucakap Covid-19 Sabah Masidi Manjun mengumumkan kelonggaran itu di bawah SOP yang dikemas kini bagi Sabah, yang kini berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Ini sebagai tambahan kepada gelembung perjalanan yang sudah dibenarkan di negeri itu.

Masidi, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah berkata, pengusaha premis pelancongan, pekerja mereka dan pengunjung mesti terlebih dahulu lengkap vaksinasi dan memaparkan status risiko rendah pada aplikasi MySejahtera.

Hotel kini boleh menerima tetamu dari dalam daerah mereka dengan syarat kakitangan hotel dan tetamu mesti telah lengkap vaksinasi.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.