Aktiviti perkumpulan di gerai sewa cetus kluster baharu hari ini di Ranau

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu hari ini iaitu Kluster Rapak – Ranau yang dikategorikan sebagai kluster jenis komuniti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah bagi kluster ini ialah wanita, 81, yang merupakan pemilik bangunan gerai sewa yang sering datang melawat di gerai sub-indeks sebelum mula bergejala batuk, selesema dan sakit dada sejak 22 Ogos 2021.

Katanya, kes indeks kemudiannya disahkan positif Covid-19 melalui Ujian RTK AG berkeputusan positif grading 100% di sebuah klinik swasta pada 23 Ogos 2021 dan berada di rumah sahaja sebelum mendapatkan rawatan pada hari seterusnya.


“Beberapa siri saringan kontak rapat dijalankan pada 31 Ogos 2021 hingga 04 September 2021 berjaya mengesan 21 kes, sebelum saringan kontak rapat diteruskan pada 08 September 2021 dan mendapati 20 kes lagi positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 42 kes termasuk lima kes baharu hari ini.


“Penularan wabak disyaki berpunca daripada aktiviti melibatkan perkumpulan individu di gerai sewa simpang masuk Kg Rapak,” kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah dalam kenyataan media hari ini.- Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.