Bekas ADUN Kunak Nilwan Kabang Meninggal Dunia Kerana COVID-19

http://beritaup2date.blogspot.com/ Datuk Nilwan Kabang
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

UMNO Sabah kehilangan seorang pemimpin berjiwa kental : Bung

KOTA KINABALU, 19 Sept : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Datuk Nilwan Kabang meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini awal pagi ini akibat jangkitan COVID-19.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Nilwan 71, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu disebabkan Covid-19 awal pagi ini. - Foto melalui WhatsApp
Nilwan, 71, yang juga Penolong Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Sabah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.45 pagi setelah sebulan melawan virus tersebut.


Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Bung Moktar Radin yang juga Badan Perhubungan UMNO Sabah mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham dimasukkan ke hosital swasta berkenaan awal bulan ini.

http://beritaup2date.blogspot.com/ BUNG MOKTAR RADIN
“Bagi pihak keluarga besar UMNO Sabah saya merakamkan ucapan takziah kepada isteri arwah Datin Amnani Abdullah serta seluruh ahli keluarga, moga mereka tabah menghadapi saat sukar ini.

“Kami mendoakan moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nilwan merupakan ADUN Kunak selama dua penggal antara 2008 hingga 2018 sebelum tewas di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada calon Parti Warisan Sabah Norazlinah Arif.


Bung Moktar berkata Badan Perhubungan UMNO Sabah menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat khususnya UMNO di negeri itu.

http://beritaup2date.blogspot.com/ NILWAN KABANG
“Allahyarham Nilwan merupakan seorang yang berjiwa kental, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran.

“Allahyarham seorang sahabat yang rapat dengan saya, kami berkecimpung dan berjuang dalam kerjaya politik sejak era pemerintahan USNO sehingga UMNO melebarkan sayap ke Sabah, kami berjuang dalam (parti itu) bersama,” katanya.- BERNAMA

SOURCE: UTUSAN

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post