Trend Penurunan Jangkitan COVID-19 Di Sabah Berterusan Kepada 1,356 Kes Hari Ini, tetapi angka KK melonjak kerana kes pekerja pelantar minyak

http://beritaup2date.blogspot.com/ Kes baharu Covid-19 di Sabah menurun lagi, 1,356 kes hari ini

KOTA KINABALU: Sabah melaporkan 1,356 kes baharu Covid-19 hari ini, menurun sebanyak 39 kes berbanding kelmarin (1,395).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, negeri ini masih meneruskan trend penurunan jangkitan dan jumlah kes baharu pada hari ini merupakan angka terendah yang direkod sejak 11 Ogos 2021.


Katanya, secara keseluruhan, pola perubahan angka bagi daerah-daerah di Negeri Sabah adalah tidak statik dengan jumlah daerah mencatatkan peningkatan kes adalah lebih tinggi berbanding kumulatif kes negeri yang menurun pada hari ini dengan statistik 12 daerah mencatatkan peningkatan, 9 daerah mencatatkan penurunan kes dan 5 daerah lagi kekal dengan catatan sebagaimana semalam.

“Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan kes yang dengan catatan 220 kes, merekodkan peningkatan sebanyak 60 kes.



“Faktor yang mempengaruhi peningkatan kes bagi Kota Kinabalu ialah sejumlah 78 kes positif yang melibatkan pekerja-pekerja pelantar minyak (off shore) milik Petronas,” katanya.

Tambahnya, daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Pitas (+45 kes), Penampang (+14), Tambunan (+13) dan Tenom (+11).

Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Putatan (-48) kes, Sandakan (-47) kes, Kinabatangan (-43) kes, Kota Marudu (-26) kes dan Tuaran (-12) kes, katanya, sambil menambah terdapat 11 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.


“Daripada 1,356 kes yang didaftar hari ini, 606 kes (44.69%) adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, 32 kes (2.36%) adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan 13 kes (0.96% ) adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.

“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 766 kes (56.5%), manakala saringan bergejala menyumbang 380 kes (28.0%), 11 kes (0.8%) daripada saringan kluster dan 199 kes (14.7%) melalui saringan lain-lain.



“337 (24.85%) daripada kes berdaftar hari ini adalah pesakit dalam kategori satu, 933 kes (68.81%) dalam kategori dua, 9 kes dalam kategori tiga, 9 kes dalam kategori empat dan 9 kes dalam kategori lima. 59 kes masih dalam siasatan,” jelasnya.

Sebanyak 94.54% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia, kata Masidi yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah.


Jumlah kes mengikut daerah:

Kota Kinabalu 220 (160)

Lahad Datu 122 (127)

Sandakan 112 (159)

Tuaran 94 (106)

Pitas 81 (36)

Kota Belud 78 (78)

Penampang 71 (57)

Keningau 70 (67)

Papar 69 (64)

Tawau 66 (69)

Kota Marudu 58 (84)

Ranau 36 (36)

Tambunan 31 (18)

Tenom 31 (20)

Nabawan 27 (36)

Beluran 26 (23)

Tongod 20 (18)

Kudat 20 (19)

Telupid 19 (15)

Kunak 19 (27)

Putatan 19 (67)

Kinabatangan 17 (60)

Beaufort 14 (14)

Semporna 13 (13)

Kuala Penyu 8 (8)

Kalabakan 8 (8)

Sipitang 7 (6)

(Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin – 18/09)

*Tidak ada kluster baharu*

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.