COVID-19 di Sabah catat kes 1,255 angka penurunan terendah sejak 10 Ogos

http://beritaup2date.blogspot.com/ Program Outreach Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Daerah Tambunan.

1,255 kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini; satu kluster baharu di Kinabatangan

KOTA KINABALU: Sabah masih meneruskan trend penurunan jangkitan dan angka terendah yang direkod sejak 10 Ogos lepas dengan jumlah kes yang direkodkan sebanyak 1,255 kes hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam kenyataannya berkata, sebanyak 101 penurunan kes direkodkan berbanding jumlah kes semalam.


Katanya, secara keseluruhan, pola penurunan kes di Sabah seiring dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan.

"Mengikut statistik, sebanyak 18 daerah mencatatkan penurunan kes, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah iaitu Sipitang, kekal dengan jumlah sama.

"Kota Kinabalu mencatatkan penurunan sebanyak 44 kes dengan jumlah kes baharu sebanyak 176 kes, begitu juga dengan kawasan perbandaran lain yang turut merekodkan penurunan kecuali Putatan, Kudat dan Tawau.


"Antara daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Pitas, Lahad Datu, Papar, Sandakan, Tambunan, Kota Marudu, Tongod, Tenom, Penampang, dan Tuaran," katanya di sini.

Beliau berkata, daripada 1,255 kes yang didaftar semalam, 462 kes atau 36.82 peratus adalah kes-kes lewat daftar antara dua hingga tiga hari, 73 kes atau 5.82 peratus adalah lewat daftar empat hingga lima hari dan 63 kes atau 5.02 peratus adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.

Menurutnya, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah dengan 602 kes atau 48 peratus, saringan bergejala 357 kes atau 28.4 peratus, 86 kes daripada saringan kluster atau 6.9 peratus, 81 kes atau 6.5 peratus dari saringan bersasar dan 129 kes atau 10.3 peratus melalui saringan yang lain.

Katanya, satu kluster baharu direkodkan semalam iaitu Kluster Sawit M1 Kinabatangan yang merekodkan sebanyak 38 kes baharu.


"Daerah Beluran merekodkan sebanyak 95 kes, diikuti Sandakan 86 kes, Kinabatangan dan Tuaran masing-masing 81 kes, Kota Belud 74 kes, Ranau 73 kes, Lahad Datu 71 kes, Tawau 68 kes, dan Keningau 63 kes.

"Kes baharu di Penampang sebanyak 58 kes, Putatan 57 kes, Kalabakan 44 kes, Papar 43 kes, Kota Marudu 36 kes, Telupid dan Kudat masing-masing 24 kes, Nabawan 22 kes, Tenom 17 kes, Pitas 15 kes, Kunak 10 kes, Tambunan sembilan kes, Kuala Penyu dan Sipitang masing-masing tujuh kes, Beaufort enam kes, Semporna lima kes, dan Tongod tiga kes," jelasnya.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.