Gempa Bumi Lemah Berlaku Di Kundasang

Gempa bumi lemah telah berlaku di Kundasang, Sabah pada jam 6:20 pagi, 4 September 2021

KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kundasang pada 6.20 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu gempa bumi itu berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur di Kundasang.

“Gempa bumi itu dikesan 12 kilometer barat laut dari Ranau dengan kedalaman 10 kilometer.


“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah setakat ini tidak menerima apa-apa laporan kejadian tidak diingini akibat gempa bumi lemah itu.

Khamis lepas, satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 skala Richter turut dikesan berlaku di Semporna. – BERNAMA





Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.