Hajiji serah bantuan tunai kecemasan, janji bantu baik pulih kediaman mangsa banjir Penampang

http://beritaup2date.blogspot.com/ HAJIJI menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sugud, Penampang. FOTO Ihsan JKM Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Bantuan tunai RM1,000 buat mangsa banjir

PENAMPANG: Sabah memberikan bantuan segera wang kecemasan sebanyak RM1,000 kepada 937 mangsa banjir di Penampang yang kediaman mereka terjejas akibat bencana itu.

http://beritaup2date.blogspot.com/Hajiji Noor (pertama dari kanan) ketika meninjau kawasan Kampung Sugud di Penampang yang terjejas teruk akibat banjir, baru-baru ini.
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, selain itu 10 rumah yang hanyut dalam kejadian banjir itu juga akan dibina semula manakala bantuan dari segi material untuk membaikpulih rumah yang terjejas turut akan diberikan.


“Ini adalah bantuan segera kepada mereka yang terjejas teruk, kerajaan negeri akan pastikan mereka akan mendapat bantuan daripada kerajaan negeri dan persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Kampung Sugud antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir, minggu lalu. Sementara itu, Hajiji berkata dua pakej mitigasi banjir telah disiapkan sebagai usaha jangka panjang untuk mengurangkan kejadian banjir di Penampang.


“Hanya satu lagi pakej yang belum selesai untuk dan usaha ini akan dilaksanakan secepat mungkin bagi memastikan Penampang dan kawasan sekitarnya tidak akan lagi terjejas oleh banjir,” katanya.

SOURCE: FMT

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.