Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. |
KOTA KINABALU : Identiti kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras pada petang Jumaat ketika melintas jambatan di Jalan Kionsom Lama sudah dikenal pasti.
Pemandu kenderaan dikenali sebagai Simon Sanga Tupe, 68, manakala penumpang dikenali sebagai Juning berusia 30 tahun.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dilakukan ketika ini dan kenderaan mangsa ditemui di kawasan Sungai Dambai, Inanam jam 7.20 pagi Sabtu.
Pasukan mencari dan menyelamat melakukan operasi di Sungai Dambai, Inanam, Kota Kinabalu pada Sabtu. |
“Pada 6.15 pagi, enam penduduk setempat melakukan operasi pencarian dan selepas hampir sejam berjaya menemui kenderaan mangsa kira-kira 200 meter dari jambatan Kampung Dambai.
Tangkap layar daripada klip video tular menunjukkan Myvi cuba merentasi jambatan, sebelum dihanyutkan arus deras yang melimpahi jambatan itu. |
Bagaimanapun, Agustavia berkata, mangsa belum dapat dikeluarkan dan usaha untuk melakukan operasi itu sedang dilakukan.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan sebuah kenderaan didapati melintas sebuah jambatan yang dinaiki air namun hanyut selepas dibawa arus deras. – SINAR
إرسال تعليق