![]() |
ISI SINI . |
KOTA KINABALU: Istana Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Istana Seri Kinabalu, demikian menurut Warta Kerajaan Negeri Sabah.
![]() |
Istana Negeri Sabah kini dikenali Istana Seri Kinabalu |
Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong bertarikh 5 Ogos dan disiarkan di laman web di https://www.sabah.gov.my/gazette/ pada 26 Ogos lalu.

Warta Kerajaan Sabah dengan nombor jilid LXXVI No 35 itu juga memaklumkan Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Menara Kinabalu.

Kenyataan di dalam warta itu diterbitkan atas perintah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk makluman umum. – BERNAMA
Tags:
Post a Comment
0Comments