kanak-kanak 2 tahun cetus Kluster Lungkidau di Ranau

http://beritaup2date.blogspot.com/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kluster Lingkudau dipercayai berpunca dari mesyuarat, gotong royong

KOTA KINABALU: Kluster baharu hari ini dipanggil Kluster Lungkidau – Ranau adalah jenis komuniti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan kanak- kanak lelaki, 2, yang dikesan hasil saringan pra-kemasukan wad dengan keputusan RTK AG positif dengan grading 82% pada 07 September 2021.


Katanya, bapa kes indeks juga turut didapati positif Covid-19 hasil saringan pengiring kemasukan wad pada hari yang sama.


“Siasatan awal mendapati bapa kepada kes indeks mempunyai rekod menghadiri mesyuarat dan gotong-royong membersihkan lot tanah penanaman sawit di Mukim Paginatan.

“Siasatan lanjut turut mendapati terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan perkumpulan individu, selain mesyuarat dan gotong royong pembahagian lot tanah iaitu aktiviti gotong-royong pembaikan jambatan di Kampung Lungkidau.


“Terdapat juga aktiviti gotong-royong membersihkan laluan utama kereta untuk masuk ke kawasan perkuburan tersebut,” katanya.

Menurutnya hasil saringan kontak rapat yang dijalankan mulai 07 hingga 20 September lalu dengan melibatkan keseluruhan 177 orang mendapati 134 daripadanya dikesan positif termasuk tujuh tujuh kes baharu yang dilaporkan kelmarin.

Dalam pada itu Masidi berkata 1,291 kes baharu yang dilaporkan kelmarin dengan 14 kematian keseluruhan iaitu empat kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Tawau manakala Kunak, Kota Marudu, Penampang, Keningau, Kudat, Tuaran dan Nabawan masing-masing mencatatkan satu kes.


Beliau bagaimanapun berkata bilangan kematian terbabit tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam dan ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi sebelum dilaporkan kemudian daripada tarikh kematian sebenar.

Tambahnya bilangan pesakit COVID-19 yang sembuh juga mencatatkan angka lebih besar berbanding jumlah kes positif harian terbaharu iaitu 1,837 kes sembuh termasuk yang sudah dikeluarkan dari hospital atau PKRC menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 164,380 orang.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.